Friday 22 April 2016

Cameron Highlands (Part 1)

Assalamualaikum ~

hai uols jumpa lagi. *krik3*. mana ada orang baca blog hang fasiha oi :p
pesen yg malas update blog gini la jadi ha. berzaman baru nak update. haha

so harini nal share and nak record my sweet moment with my one and only husband. hehe. ya last time kan i ada cakap nak pegi shortvacay to CH. alhamdulilah, semua berjalan lancar. and today dah back in reality dah. =.='

kami pergi CH ni 3 hari 2 malam. jumaat sabtu dan ahad. actually we all still kerja jumaat tu but my hubby too excited nak shot right after work that day. so kena la ikotkan je. padahal mcm rugi je sebab sampai pun dah lewat malam. huhu. tp ok la bole spend masa lama sikit kat sana kan. hihi

hari jumaat lepas kerja kami terus gerak ke CH. kitaorg naik CH ikot simpang pulai. memang jauh. but since husband cakap agak bahaya if ikot jalan tapah sebab dah lewat dan jalan dia berliku liku sikit. alhamdulilah selamat sampai lewat malam. kami stay di Hillinview, tanah rata. 

ni la hotel kami sepanjang di CH. luaran dia cantik. tp dalam biasa2 aje.hehe. abaikan budak peace kat situ ><. sampai sana kami check in dan terus keluar g cari supper and jalan amek angin malam. sejuk best! :)

hari pertama:
good morning! haha. bagun siap2 dan terus keluar nak round CH. first place kitaorg hunt for is ladang boh! sebab nak breakfast kat situ. sambil tgk ladang teh yg cantek tu,.hehe. tapi sedihnya kami sesat. waze ni kemana dia bawak pun xtahu. last2 tanya org and there we are. ladang teh boh sungei palas :)


table for two. sedap! 
~11.30am breakfast. orang dah siap makan lunch dah pun. haha 

next is taman lavender :). taman ni still baru kot. dlu datang xd lagi. entrance fee rm8/person for adult and for kids sorry i xhingat. kah! :p 

cantikkan? in real lagi cantik tau :*

lama jugak kami kat sini. seronok tengok bunga cantik2. ada bnyak lagi bunga tapi xtahu nak senarai mcm mna.hehe. dekat sini bole pick yourself  bunga tau. satu btg rm2. 6 btg rm10. kira mcm free 1 la hehe.

3months old, i love you husband :*

lepas tu makan strawberry chocolate. dekat taman ni ada bnyak gerai jual mcm2. so sempat la menyinggah beli stobewi celup cekelat. RM5. sedapp! hehe. jalan nak keluar taman ada jumpa gerai jual getah rambut aka gelang. haha 2 in 1. cantik so i beli jela. *selagi bole nak beli semua =.='

rm5. sedapnyaaa

stobewi gemok! >.<

next kami terus ke Cameron Valley. sini pun ada scenery ladang teh. cantik. besarrr sgt.hehe. kat sini kami dtg semata nak minum teh tarik float! suggest by my hubby. for me, i more prefer teh tarik boh (gambar breakfast kat ats) sedap lemak and xmanis. kalau teh tarik float ni, rasa dia kuat and manis ><. 

hi-tea teh tarik float at cameron valley tea house :)

kriuk kriukk.. haha perut masing2 lapaq yela dri pagi kami makan dessert je ha =.=' dah sampai cameron ni mmg nak makan panas2 je knon2 feeling la kan.hehe. actually dah plan mmg nak g steamboat. mula2 nak pg dekat glory 78 steamboat (its halal from others review la). but suddenly jumpa steamboat Abang. kedai baru bukak dan Melayu. so apa salahnya try dan majukan bisnes org kita. hehe. *masa kami pergi baru 10 hari kedai tu beroperasi. good luck steamboat abang! :)

kuddos Steamboat Abang! sedappppp ;)

and here pasar malam brinchang we go! ok best jugak pasar dia. jualan agak rare dri pasar malam biasa.hehe. yg paling best is sejuk. mana nak dpt pasar malam sejuk2 kat bawah wei. kat bawah siap berpeluh ketiak dok bergesel dgn org.. ops haha. btw pergi pasar ni sabtu malam tau. hari lain i xsure plak hehe

rare jugak jualan di pasar malam brinchang ni. :)


ok la sehingga bertemu lagi di part lain. 

bye bye adios! :)